Perlukah pergi ke klinik gigi dan minta doktor gigi buang gigi geraham bongsu yang sakit itu ?
Sebelum itu mari kita kenali apa itu gigi geraham bongsu. Gigi geraham bongsu adalah gigi yang terakhir tumbuh di dalam mulut kita.
Ia adalah gigi geraham besar ketiga yang akan tumbuh belakang geraham besar yang kedua. Geraham bongsu mempunyai 4 batang iaitu kiri atas,kanan atas,kiri bawah dan kanan bawah.
Kebiasaannya,keempat-empat geraham bongsu tidak tumbuh secara serentak. Masa pertumbuhan gigi geraham bongsu adalah dalam lingkungan umur 17 tahun-25 tahun.
Tidak semua gigi geraham bongsu tumbuh dengan normal. Adakalanya ia tumbuh dalam keadaan yang tidak dijangka seperti membareng atau menyenget.
Jika gigi bongsu ini tersangkut di bawah gusi atau tidak memiliki ruang yang cukup untuk menembus gusi, akan dianggap tidak normal dan dapat menyebabkan pelbagai permasalahan seperti kerosakan pada gigi yang lainnya.
‘Impacted’ adalah gigi bongsu terjejas akibat pertumbuhan yang tidak cukup ruang di dalam mulut. Gigi geraham bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya dan menyebabkan rasa sakit pada gigi.
Selain itu, gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna menyebabkan gusi menyelaputi sebahagian gigi. Sementara itu,makanan akan terperangkap dan menyukarkan proses pembersihan gigi. Bagi sesetengah individu,sebahagian gigi bongsu yang terjejas ini boleh menjadi amat menyakitkan.
Berikut adalah simptom yang menunjukkan geraham bongsu yang telah terjejas:
Pemeriksaan gigi daripada doktor gigi perlu dilakukan jika ada simptom di atas.
Apakah yang menyebabkan gigi geraham bongsu terimpak? Penyebabkan utamanya adalah sesetengah individu mempunyai rahang yang kecil sehingga tidak mempunyai ruang yang cukup untuk geraham bongsu tumbuh.
Ia akan menyebabkan,gigi tersebut tumbuh dengan sudut yang salah yang akan menyebabkan impaksi. Jika keadaan ini berlaku,segera berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Apakah yang menyebabkan gigi geraham bongsu terimpak? Penyebabkan utamanya adalah sesetengah individu mempunyai rahang yang kecil sehingga tidak mempunyai ruang yang cukup untuk geraham bongsu tumbuh.
Ia akan menyebabkan,gigi tersebut tumbuh dengan sudut yang salah yang akan menyebabkan impaksi. Jika keadaan ini berlaku,segera berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Doktor gigi atau pakar bedah oral boleh menilai gigi dan mulut anda untuk menentukan sama ada anda mempuntai masalah gigi bongsu yang terimpak atau jika terdapat faktor lain yang menjadi punca kepada masalah anda. Penilaian tersebut termasuklah:
Bagaimana anda hendak tahu gigi geraham bongsu anda perlu dibedah atau tidak?
Jika gigi bongsu terimpaksi menyebabkan gejala atau masalah gigi lainnya, maka doktor gigi anda akan menyarankan untuk mengeluarkannya.
Sebelum proses itu dilakukan doktor gigi anda akan mengambil sinar-x umtuk keseluruhan mulut anda bagi memastikan sebetul-betulnya kedudukan gigi yang perlu dibuang.
Pembedahan untuk mengeluarkan gigi bongsu biasanya merupakan prosedur yang biasa dilakukan.
Dalam prosedur pencabutan gigi bongsu ini, doktor gigi akan menggunakan ubat bius untuk ketahanan dengan fungsi mematikan rasa sakit di mulut, menenangkan pesakit, dan mengelakkan perasaan takut yang dirasai pesakit semasa proses pembedahan dilakukan atau bahkan dapat menidurkan sehingga anda tidak merasakan apa–apa selama operasi iaitu bius sepenuhnya.
Tetapi bius sepenuhnya hanya boleh didapati jika anda membuat rawatan di hospital sahaja.
Semasa pembedahan dijalankan, doktor gigi anda akan memotong gusi dan mengambil tulang yang bermasalah sebelum mencabut gigi, kemudian ditutup kembali dengan jahitan dan diletakkan kain kasa bagi menyerap pendarahan.
Kebiasaannya,masa yang diambil untuk rawatan ini selesai selama 30 hingga 60 minit. Jika gigi bongsu anda terimpaksi penuh dan terkubur jauh di dalam tulang rahang anda maka mungkin hal ini dapat menyukarkan dokter gigi untuk mengeluarkan gigi.
Setelah selesai rawatan,anda boleh kembali ke rumah dan melakukan aktiviti seperti biasa selepas beberapa hari dan anda mungkin memerlukan waktu selama 6 minggu agar mulut benar-benar sembuh sepenuhnya. Anda mungkin tidak dapat membuka mulut.
Doktor gigi akan menerangkan kepada anda tentang tips selepas pembedahan.
Apakah pembedahan gigi bongsu memang harus dilakukan? Masih terjadi perdebatan apakah gigi bongsu terimpak yang tidak bergejala perlu dicabut atau tidak.
Sebahagiannya, doktor gigi beranggapan sebaiknya gigi bongsu yang terimpaksi tetap perlu dicabut meskipun tidak bergejala untuk menghindari masalah dikemudian hari.
Jika anda dan doktor gigi memutuskan untuk tidak membuang gigi bongsu yang terimpaksi, maka gigi tersebut harus diperiksan secara berkala untuk memastikan tidak ada masalah gigi lainnya. Tetap terus berjumpa doktor gigi meskipun sudah menggosok gigi tersebut setiap hari.
Di Klinik Pergigian Sharlindah, Melaka ada menawarkan rawatan untuk geraham bongsu yang terimpak. Sila dapatkan temujanji jika anda mempunyai simptom gigi bongsu terimpak bagi mendapatkan pemeriksaan dengan lebih lanjut.