fbpx

Latar Belakang Kami

Temui Dr. Sharlindah

Beliau mendapat pendidikan di SMK Munshi Abdullah, Melaka sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada 2002.

Beliau telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia selama 9 tahun sebelum memutuskan untuk membuka klinik pergigiannya sendiri pada tahun 2012 dengan tumpuan kawasan pasaran di sekitar Bukit Katil, terutamanya di Bukit Baru.

Klinik Pergigian Sharlindah merupakan sebuah klinik pergigian yang beroperasi di Bukit Baru, Melaka dan diusahakan oleh Dr. Sharlindah binti MD Kassim.

Beliau mendapat pendidikan di SMK Munshi Abdullah, Melaka sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada 2002.

Beliau telah berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia selama 9 tahun sebelum memutuskan untuk membuka klinik pergigiannya sendiri pada tahun 2012 dengan tumpuan kawasan pasaran di sekitar Bukit Katil, terutamanya di Bukit Baru.

Kini, perniagaan beliau berkembang maju dengan pembukaan cawangan di Bukit Beruang. Perkembangan positif ini berterusan apabila beliau merancang untuk membuka cawangan baharu di Kota Fesyen, MITC Melaka yang dijadualkan beroperasi pada penghujung 2017.

Sebagai sebuah klinik pergigian Bumiputera, klinik ini tidak mengabaikan tanggungjawab khidmat masyarakat yang dipikul dengan mendidik semua lapisan masyarakat agar celik terhadap pengetahuan penjagaan gigi yang ideal.

Untuk mencapai hasrat murni ini, klinik ini telah mengadakan pemeriksaan gigi secara percuma bukan sahaja untuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung, malahan kanak-kanak di tadika terpilih di sekitar Melaka juga mendapat manfaat dari perkhidmatan ini.

Klinik ini juga menjadi tempat lawatan daripada para pelajar universiti tempatan dan diiktiraf sebagai Model of Good Private Practise.

Dr. Sharlindah merancang untuk meluaskan perniagaan melalui sistem francais dan mengembangkan lagi kepelbagaian perkhidmatan perniagaannya dengan membuka syarikat membekal peralatan dan bahan pergigian serta menjadi pusat pakar pergigian terkemuka.

kpsharlindah_dental
klinik pergigian ayer keroh

VISI

Menjadi klinik pergigian No.1 di Melaka dalam menyediakan perkhidmatan pergigian yang berkualiti, pelbagai kepakaran untuk rakyat Melaka dan menjadi pengurusan syarikat gaya korporat bersistematik menjelang tahun 2020.

MISI

  • Menyediakan peralatan yang bersesuaian untuk merawat pesakit

  • Menyediakan sumber manusia yang efisien bagi melaksanakan misi syarikat

  • Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif dalam membantu memberi perkhidmatan yang berkesan, sistematik menjelang tahun 2020

Objektif

  • Merangka dan menyelaras sistem yang praktikal dan bersistematik supaya dapat melicinkan direktori pentadbiran syarikat

  • Mewujudkan dan memantapkan jabatan dengan kukuh supaya dapat menjana pengurusan yang efisien dan proaktif

  • Berkolaborasi dengan beberapa tenaga kepakaran dari sumber pengurusan perniagaan yang intensif dan efisien

  • Menaiktarafkan sistem dan pengurusan perniagaan dengan lebih efektif dan meningkatkan kepakaran semasa dalam aspek rundingan dan latihan pengurusan

Doktor Kami

klinik pergigian ayer keroh 7

Dr. Ali Hussin Ibrahim
Orthodontist

klinik pergigian ayer keroh 8

Dr. Nibashii A/P Ratha Krishnan
BDS (PIDC) MDC 5614

klinik pergigian ayer keroh 9

Dr. Noranzianti Mohamad Rozali
BDS (MALAYA) MDC 5549

klinik pergigian ayer keroh 10

Dr. Anisah Nukman
BDS (MALAYA) MDC 10495

Scroll to Top