fbpx

Siapa Yang Perlu Memakai Braces

perempuan yang pakai braces

Apa itu Braces ?

Braces atau pendakap gigi merupakan sejenis alat yang digunakan oleh pakar ortodontik (pergigian) untuk pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak betul. 

Menurut satu kajian di Malaysia, 27.1% pelajar sekolah berusia 13-14 tahun didapati memerlukan rawatan ortodontik. 

Braces ialah Antara cara paling berkesan untuk meluruskan susunan gigi kita. Gigi yg tersusun memastikan proses membersihkan gigi akan jadi lebih mudah. Penampilan kita pun akan nampak lebih bagus. 

Braces berfungsi dengan cara menggerakkan gigi menggunakan wayar & brackets besi yg akan di servis setiap bulan. 

Jadi korang kena rajin datang setiap bulan ya!

 

 

Siapakah yang perlu memakai braces ?

Berbalik kepada soalan artikel di atas, siapa yang perlu memakainya? Individu yang mempunyai masalah gigi tidak teratur perlu menggunakan braces untuk membetulkan kedudukan giginya. Keperluan untuk memakainya adalah bergantung kepada tahap keterukkan gigi anda. Jadi, sebaiknya sila dapatkan pemeriksaan dan rundingan daripada pakar terlebih dahulu.

Berikut merupakan gambaran tahap keterukan gigi berserta keperluan untuk memakai pendakap gigi:

tahap keterukan gigi

Berikut merupakan gambaran tahap keterukkan gigi Gred 1 sehingga gred 10

Gred 1 hingga 4: Tidak perlu rawatan atau sedikit keperluan untuk rawatan

Gred 5 hingga 7: Sederhana

Gred 8 hingga 10: Perlu rawatan

Gred 1:
Tidak Perlu Rawatan

  • Hampir Sempurna

Gred 2:
Keperluan Rawatan Sedikit

  • Gigi hadapan atas yang sedikit ke depan.
  • Gigi yang tidak teratur sedikit.
  • Hubungan antara gigi atas dan gigi bawah berganjak sedikit daripada normal dan tidak mengganggu fungsi normal.

Gred 3:
Keperluan Rawatan Sederhana

  • Gigi hadapan atas yang ke depan (jongang) yang berjarak kurang daripada 6mm.
  • Gigitan silang yang mengganggu sedikit fungsi normal iaitu kurang daripada 2mm.
  • Gigi sesak yang kurang daripada 4mm terkeluar dari susunan.
  • Gigitan terbuka yang kurang daripada 4mm.
  • Gigitan dalam yang tidak mengganggu fungsi.

Gred 4:
Perlu Rawatan

  • Gigi hadapan atas yang ke depan (jongang) lebih daripada 6mm.
  • Gigitan silang yang mengganggu fungsi normal iaitu lebih daripada 2mm.
  • Gigitan terbalik berjarak lebih daripada 3.5mm.
  • Gigi sesak lebih daripada 4mm terkeluar dari susunan.
  • Ketiadaan gigi di mana terdapat ruang yang perlu dirapatkan.
  • Gigitan terbuka yang melebihi daripada 4mm.
  • Gigitan dalam yang mengganggu fungsi.
  • Jumlah gigi yang terlebih daripada normal (supernumerary teeth).

Gred 5:
Sangat Memerlukan Rawatan

  •  Gigi terimpak kerana terdapat penghalang seperti kesesakan, gigi terlebih atau sebab-sebab lain.
  • Ketiadaan gigi melebihi satu.
  • Gigi hadapan atas yang ke depan (jongang) lebih daripada 9mm.
  • Gigitan terbalik dengan jarak lebih daripada 3.5mm dan terdapat masalah fungsi.
  • Kecacatan tulang muka dan tengkorak (kraniofasial) seperti sumbing bibir dan lelangit.

Memakai Braces Sakit Atau Tidak?

braces servis

Selepas pemasangan braces, anda akan berasa kurang selesa. Anda mungkin memerlukan ubat tahan sakit disebabkan rasa tidak selesa itu. Selepas seminggu, barulah rasanya berkurangan. 

Selepas tamat tempoh, braces boleh ditanggalkan tapi anda digalakkan untuk memakai retainer 24 jam sehari untuk tempoh enam bulan pertama bagi memastikan gigi betul-betul kukuh di kedudukan baru.

Jenis- jenis Braces

Umumnya, terdapat pelbagai pilihan jenis pendakap gigi seperti metal braces, ceramic braces dan clear braces. Kesemuanya ini memerlukan tempoh masa yang berbeza untuk membetulkan kedudukan gigi pesakit.

metal braces

Metal braces

Clear Ceramic Braces Harga Braces di Klinik Gigi Swasta Melaka 14

Clear / Ceramic Braces

Gold Braces

Gold Braces

Lingual Braces

Metal braces

invisalign braces

Invisible Braces

Rajah diatas menunjukkan Jenis jenis braces

Bagaimana dengan usia pesakit ?

Pesakit yang lebih muda (individu kanak-kanak dan remaja) cenderung untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat kerana rahang mereka masih dalam proses membesar, maka lebih mudah gigi untuk dibetulkan.Pesakit yang lebih berusia atau dewasa pula sudah tentu akan mendapatkan hasil yang sedikit lambat.

 

Tahap keterukkan masalah gigi

Antara faktor yang memainkan peranan penting dalam penentuan tempoh masa pemakaian braces adalah tahap keterukan masalah gigi anda. Jika pesakit mempunyai masalah gigi seperti spacing atau crowding yang agak teruk, maka akan lebih lama pesakit perlu menggunakan pendakap gigi.

Secara kasarnya, pendakap gigi mungkin akan dipakai selama tempoh 1 hingga 3 tahun, bergantung kepada individu. Selepas ia dibuka pula, pesakit masih perlu memakai retainer semasa sedang tidur, untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan.

 

Apa itu Retainer ?

Retainer ialah alat yg akan memastikan gigi kita kekal pada kedudukannya selepas braces dibuka. Untuk setahun pertama, retainer perlu dipakai 24/7. Lepas tu cuma perlu pakai malam masa tidur je.

Retainer akan memastikan fiber & ligamen pemegang gigi di kedudukan baru tu terbentuk dengan sempurna & kekal kat situ. Apa yang boleh disimpulkan di sini, tiada tempoh yang tepat untuk menentukan berapa lama seseorang itu perlu memakai pendakap gigi. Segalanya lebih bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan individu itu sendiri.

Harga Braces di Klinik Gigi Swasta Melaka

Ramai jugak yang bertanya tentang kos untuk memakai braces ni lebih- lebih lagi di klinik gigi swasta kerana mereka tidak cukup syarat kelayakkan untuk membuat braces di klinik gigi kerajaan. Jangan risau, harga braces di Melaka amatlah berpatutan. 

Harga braces di klinik pergigian Melaka bergantung pada keadaan gigi setiap pesakit, berikut adalah anggaran harga braces di klinik gigi swasta. Untuk tahu harga yang lebih tepat boleh join promo Free Check Up Braces bulan ini di Klinik Pergigian Sharlindah. Tekan link disini untuk maklumat lanjut http://Kps.chatnow.my.

Jenis Rawatan Harga
Braces Atas / Braces Bawah RM 3500 - RM 4500
Braces Atas dan Bawah RM 5500 - RM 7000
Acuan Gigi RM 50
X-Ray RM 80 - RM 120
Cabutan RM 80 - RM 200
Deposit RM 1000
Bulanan RM 200 - RM 400

Nota: Penyediaan anggaran harga bertujuan untuk memudahkan dan membolehkan pesakit lebih bersedia dari segi kewangan sebelum menjalani prosedur perubatan. Sila ambil perhatian bahawa harga sebenar mungkin berbeza mengikut keadaan perubatan pesakit dan/atau disebabkan oleh komplikasi yang tidak dijangka yang mungkin timbul semasa kemasukan. Sila contact pakar pergigian kami untuk infomasi lebit lanjut

rawatan braces di klinik pergigian sharlindah

Berikut adalah contoh gambar pasakit yang membuat rawatan braces di klinik Pergigian Sharlindah

Tengah Mencari Klinik Gigi Untuk Rawatan Braces?

Jadi, jelaslah apa yang diterangkan seperti tajuk di atas tadi berkenaan siapa yang perlu memakai braces. 

Apa-apa pun anda perlu membuat Check Up terlebih dahulu supaya doktor tahu keadaan gigi sebenar anda.

Hubungi Kita untuk info lanjut tentang braces gigi di Klinik Pergigian Sharlindah.

Baca Lagi

Scroll to Top