fbpx

Tahukah anda 8 daripada 10 rakyat Malaysia tidak tahu mereka mempunyai masalah gigi?

Ada juga yang tidak pernah ke klinik gigi langsung

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan mahu pun swasta dalam memberi pendedahan akan kepentingan menjaga gigi dan mulut.

Ini dilihat dengan peningkatannya kempen-kempen kesedaran oleh klinik kerajaan dan swasta dari masa ke semasa. Klinik swasta kini juga semakin rancak membuat pakej promosi bagi menarik masyarakat untuk hadir bagi pemeriksaan gigi.

Namun demikian masih ada segelintir golongan yang masih tidak ambil cakna akan kepentingan menjaga kesihatan gigi dan mulut. Mereka masih mengambil sikap bertangguh dan beranggapan kesihatan gigi dan mulut tidak berapa serius berbanding kesihatan anggota badan lain.

Oleh kerana sikap yang sebegini, ia akan meningkatkan risiko terdedahnya mereka kepada masalah/ penyakit gigi. Diantara yang kita khuatiri membawa kesan buruk dalam jangka masa panjang contohnya gigi rosak perlu dicabut hinggalah ke risiko kanser mulut.

Hakikatnya, di dalam Islam sekalipun kita dituntut untuk sentiasa menitik beratkan kesihatan dan kebersihan keseluruhan anggota badan kita.

Kini kita sangat bertuah kerana ada puluhan klinik gigi di Melaka menawarkan pelbagai promosi seperti pakej pasang braces ansuran,cuci gigi, whitening demi untuk menarik perhatian masyarakat akan kepentingan penjagaan gigi. Di Ayer Keroh contohnya sudah ada klinik yang buka diwaktu malam mahupun hari Ahad. Suatu hari nanti tak mustahil pasti ada klinik gigi 24 jam pula.

Baik klinik gigi kerajaan mahupun klinik gigi swasta, kedua-duanya fokus kepada memberi perkhidmatan pergigian terbaik kepada pelanggan. 

Diwaktu pandemik COVID-19 ini, pesakit dinasihatkan supaya membuat temujanji ditalian (online appointment) bagi mengurangkan risiko jangkitan di klinik gigi nanti.

Jika tidak pernah langsung hadir ke klinik gigi, apa perlu anda buat ?

Buat temujanji untuk hadir dulu. Fahami dan ambil tahu keadaan kesihatan gigi dan mulut kita. Sudah pastinya doktor gigi bertauliah akan memberi penerangan terbaik untuk anda. Diantara pemeriksaan asas yang boleh dibuat adalah , ujian saringan kanser mulut.

Ujian saringan kanser mulut ( Oral Cancer Screening ) ini adalah pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor bagi mencari tanda-tanda awal kanser mulut.

Klinik Pergigian Sharlindah (KPS) sekali lagi mengambil inisatif , sempena bulan kemerdekaaan ini (Ogos 2021 ) akan memberikan pemeriksaan saringan kanser mulut ini secara percuma sepanjang bulan Ogos 2021 ini. Program community service bertujuan memberi kesedaran awal kepada warga Melaka khususnya mengenai penyakit ini dan cara mencegahnya.

Sebagai contoh antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah jika didapati ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu , ianya perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.

Kanser ini terjadi pada bahagian rongga mulut iaitu di bahagian bibir, lidah, lapisan dalam pipi, lantai mulut (bawah lidah), gusi, lelangit keras, rahang dan bahagian retromolar (belakang gigi geraham).

Tahukah anda kebanyakan pesakit tidak sedar akan simptom ini dan kebiasaannya mereka pergi ke klinik dengan beranggapan keadaan itu disebabkan ulser biasa.

Pesakit disarankan segera berjumpa doktor gigi berbanding pakar perubatan. Ini kerana pakar gigi dan mulut lebih arif mengenai sebarang perubahan dalam rongga berkenaan.

Hubungi kami untuk temujanji saringan kanser mulut percuma anda sekarang
.
Terus call mana-mana klinik KPS berhampiran anda !

MITC : 06-231 0283
Alor Gajah : 06-556 1318
Bukit Baru : 06-286 9177

atau isikan borang temujanji ini
klik ruangan Perundingan.

P/S : nyatakan OralCancerScreening

Scroll to Top