fbpx

Penjagaan Selepas Pembedahan Geraham Bongsu

Penjagaan Selepas Pembedahan Geraham Bongsu

Adakah penjagaan selepas pembedahan geraham bongsu perlu? Jawapannya dalah ‘perlu’ sama sekali.

Yang membezakan kadar penjagaan tersebut adalah bergantung pada jenis pembedahan yang dilalukan tanpa mengira dimana anda mendapat rawatan, sama ada di klinik gigi swasta ataupun kerajaan.

Terdapat beberapa jenis pembedahan oral yang dilakukan oleh doktor gigi mengikut kes pesakit antaranya ialah cabutan gigi, pembedahan pembuangan gigi yang terimpak,pembedahan preprostetik dan implan. 

Penjagaan pesakit adalah sangat penting bagi mempercepatkan proses kawasan pembedahan sembuh. Jika ia tidak dijaga dengan betul kemungkinan akan berlaku semula pendarahan tanpa diketahui.

Selain mengalami pendarahan sementara, ketidakselesaan, bengkak dan lebam selepas pembedahan, kebanyakan pesakit pulih dengan cepat.

Oleh hal yang demikian,sebarang komplikasi mungkin akan berlaku seperti Dry Socket iaitu ‘Soket Kering’ tetapi, ia boleh dicegah sebelum terjadi dengan mengikut semua tips penjagaan selepas pembedahan seperti di bawah:

1. Gigit Kapas yang Diberikan Doktor

Selepas cabutan atau pembedahan geraham bongsu dilakukan, akan berlaku pendarahan yang banyak.Doktor akan letak Gauze atau kapas di kawasan yang telah dibedah untuk menghentikan darah. Walaubagaimanapun,darah tidak semestinya berhenti dengan cepat.

Pihak klinik akan menyediakan beberapa kapas lagi untuk dibawa pulang dan anda perlu menukarnya setiap 30 minit.

2. Makan Ubat Tahan Sakit

Sebelum pulang ke rumah,doktor akan syorkan anda untuk mengambil ubat tahan sakit. Ubat – tahan sakit perlu dimakan jika sakit. Jika tidak ada sebarang kesakitan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.

Sekiranya doktor memberi arahan sila dengar dengan teliti dan patuhi. Terdapat bebara jenis ubat tahan sakit iaitu ibuprofen dan preskipsi. 

3. Jaga Kebersihan Mulut

Rutin pembersihan mulut perlu diteruskan walaubagaimanapun. Pembersihan mulut amatlah penting sepanjang proses penyembuhan.

Berhati-hati ketika memberus gigi bagi mengelakkan mengganggu pembekuan darah di bahagian pembedahan selama tiga ke empat hari selepas dibedah.

Mulut yang tidak bersih boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada kawasan yang telah dibedah. Ia juga boleh melambatkan proses sembuh.

Selain itu,anda juga boleh menggunakan ubat kumur/cecair kumuran dan floss gigi kerana ia juga adalah alat pembersihan mulut.

4. Tangani Kebengkakan

Selepas gigi bongsu dibuang, anda mungkin dapati pipi akan membengkak. Jangan risau kerana bengkak akan susut selepas beberapa hari dan bahagian gusi yang dibedah akan pulih sepenuhnya dalam masa sebulan.

Bagi meredakan bengkak anda boleh letakkan tuala suam pada tempat yang bengkak secara perlahan-lahan dapat memberikan keselesaan dan kelegaan kepada pesakit.

Penularan bengkak selepas hari ketiga pembedahan disertai dengan demam dan penghasilan nanah menandakan kehadiran jangkitan kuman dan memerlukan perhatian segera daripada perawat.

5. Jaga Pemakanan

Makan makanan yang dinasihatkan oleh doktor gigi anda. Selalunya,selepas cabutan atau pembedahan doktor akan sarankan untuk makan makanan yang sejuk dan lembut yang senang untuk di hancurkan tanpa menggunakan pergerakan gigi dengan kerap.

Aiskrim bubur,puding,telur,kentang lenyek dan bijirin adalah makanan yang terbaik. Jika makanan tersebut adalah sihat seperti buah-buahan dan sayur sayuran tetapi cirinya agak keras,boleh sahaja dihancurkan melalui mesen pengisar.

Untuk mengelakkan proses sembuh terganggu,elakkan makan dan minum makanan dan minuman yang manis yang susah dihancurkan kerana boleh termsuk ke dalam soket.

6. Aktiviti Harian

Dapatkan rehat yang secukupnya selama 2 hari dan elakkan diri daripada aktiviti berat selepas pembedahan.

Ia dapat mengembalikan kekuatan fizikal dan mental sebelum dapat meneruskan aktiviti rutin harian dengan rehat yang secukupnya dan ikuti segala arahan selepas pembedahan daripada doktor gigi anda.

Perkara yang dilarang selepas pembedahan:

  • Kerap berkumur.
  • Menyedut minuman menggunakan straw atau penyedut minuman.
  • Meludah dan bermain lidah di bawasan pembedahan.
  • Merokok/vaping.
  • Mengambil makanan dan minuman yang panas.

Jika anda mengikut semua penjagaan selepas pembedahan di atas,anda tidak perlu risau lagi untuk mengalami masalah soket kering kerana lebih baik mencegah daripada dirawat.

Pertumbuhan gigi geraham bongsu adalah sesuatu yang tidak boleh dijangka dan tidak boleh dibentuk. Klinik pergigian kami di Ayer Keroh kini mempunyai lebih 5 orang yang pakar dalam masalah geraham bongsu. Warga Melaka tidak perlu bimbang lagi kerana kami sedia memberi perkhidmatan yang terbaik buat anda.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Scroll to Top