fbpx

Harga Tanam Gigi Palsu Di Klinik Gigi Swasta

harga tanam gigi

Apa Itu Tanam Gigi?

Rawatan tanam gigi adalah satu prosedur gantian gigi serta akar yang telah hilang dengan menggantikan tanaman pos berbentuk skru yang diperbuat daripada titanum keseluruhannya serta gigi palsu kekal untuk menggantikan bahagian gigi yang hilang. 

Gigi Implan yang ditanam ke dalam tulang rahang mempunyai kestabilan yang tinggi dan proses pencantuman tersebut dikenali sebagai ‘osseointegration’ ataupun osseo-integrasi.

Pada hari ini, peratus kadar kejayaan gigi tanam mencecah sehingga 98%. Gigi tanam terdiri daripada :

1. Implant – Ditanam ke dalam tulang rahang

2. Abutment – Komponen untuk menggabungkan implant dan gigi palsu

3. Crown – Gigi palsu kekal

structure of dental implant system

Table of Contents

Siapakah Yang Sesuai Untuk Menerima Rawatan Tanam Gigi?

Implan gigi sesuai untuk semua orang dewasa dengan kesihatan am yang baik. Tanam gigi dapat digunakan setelah tulang rahang berhenti tumbuh. 

Oleh itu, ia tidak disarankan untuk pesakit yang terlalu muda. Tabiat seperti pengambilan alkohol dan merokok dalam kadar yang terlalu tinggi dapat menyebabkan beberapa masalah berkaitan penyembuhan awal dan untuk jangka masa yang panjang, ia mungkin akan menyebabkan kesan burukpada gusi dan tulang sekeliling setiap implan. 

Walau bagaimanapun, setiap kes adalah berbeza dan jika anda mempunyai masalah kesihatan, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang rawatan.

tanam gigi

Bagaimana Anda Perlu Menjaga Implan/Tanam Gigi?

Ia adalah penting untuk anda mengekalkan kebersihan mulut yang baik dengan implan anda untuk meningkatkan jangka hayat mereka.

Membersihkan implan anda adalah tidak sukar. Kebanyakkan implan dan sokongan gigi dapat dibersihkan sekelilingnya dengan memberus dan flos dengan cara yang sama seperti anda lakukan di sekitar gigi asal dan jambatan disokong gigi. 

Flos khas, berus gigi celah gigi, alat bantu pembersihan lain mungkin diperlukan untuk megekalkan kebersihan mulut yang baik di kawasan yang terlalu padat.

Prosedur Rawatan

Pada peringkat awal rawatan adalah berupa rancangan serta penilaian keadaan pesakit secara menyeluruh. Ini termasuklah:

1. Pemeriksaan pergigian yang komprehensif

  • Gambar xray imbasan tulang, gambar-gambar klinikal, serta model gigi pesakit

2. Semakan keadaan kesihatan

  • Apa-apa masalah kesihatan, ubat-ubatan dan vitamin tambahan
  • Masalah jantung ataupun rawatan tulang

3. Treatment Planning’

  • Pakar implan akan mengambil kira keadaan struktur tulang dan gigi yang tinggal – Cabutan gigi jika perlu (akar tertanam atau gigi yang tidak boleh diselamatkan)
  • Alveolar bone grafting’ jika jumlah tulang tidak mencukupi – Menyarankan beberapa pilihan untuk rawatan tanam gigi yang sedia ada

Harga Rawatan Tanam Gigi Palsu / Implan

Secara umumnya, terdapat pelbagai sistem implan yang tersedia di klinik pergigian swasta di negeri Melaka. Sistem implan ini juga berbeza mengikut jenama dan tempat ia dikilangkan. Harga implan juga berbeza jika dibandingkan antara kerajaan ataupun swasta.

Semua faktor ini mempengaruhi harga keseluruhan rawatan gigi tanam. Oleh itu, amatlah dinasihatkan agar pesakit mendapatkan keterangan yang jelas tentang struktur harga dari doktor pakar pergigian tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan isu salah faham dan juga menjamin proses rawatan yang lancar.

Harga Tanam Gigi Di Klinik Swasta

Jenis Rawatan Harga
Prosedur Implan ( termasuk skru dan healing cap ) RM5000 ke atas sebatang
Prosedur Prosthetic RM 3000 ke atas
Prosedur Sinus Lift RM 2000 ke atas
Prosedur Tissue Grafting RM 3000 ke atas
Surgical Stent RM 250 ke atas
Bone Maping RM 250 ke atas
Prosedur Guieded Bone Regeneration Dengan Membrane RM 2000 ke atas
Prosedur Guieded Bone Regeneration Tanpa Membrane RM 1500 ke atas
Implant Dengan Bantuan Komputer RM 3000 ke atas
Prosedur Stage 1 RM 3000 ke atas
Prosedur Stage 2 RM 3200 ke atas
Crown Sementara RM 1000 ke atas

* Harga tidak termasuk consultation, planning, model gigi, x-ray, bahan graft, permanent crown, bridge dan gigi palsu

Adakah Anda Memerlukan Kesihatan Mulut Yang Bagus?

Apabila anda mula – mula bertanya tentang implan/tanam gigi, ia selalunya sebagai tindak balas kepada kesedaran tentang masalah pergigian yang berterusan atau kehilangan gigi. 

Sebab utama masalah ini harus difahami dan dirawat sebelum memulakan rawatan implan/tanam gigi. 

Jika anda mendapati anda mempunyai masalah nafas berbau, gigi longgar, atau gusi berdarah ketika rawatan cuci gigi, ini mungkin kerana anda mempunyai masalah gusi. 

Masalah gusi (penyakit periodontal), adalah penyebab utama kemerosotan tulang rahang . Dengan keadaan ini rawatan implan /tanam gigi akan menjadi agakrumit tetapi tidak mustahil.

bridge vs dental implantation

Berapa Lamakah Tempoh Rawatan Tanam Gigi Ini?

Untuk kes rutin, dari pembedahan tanam implan untuk mendapatkan gigi gantian yang pertama, tempoh rawatan mungkin berbeza dari 6 minggu ke 6 bulan. Dengan adanya tulang rahang yang kukuh dan berkualiti, kita dapat mengurangkan tempoh rawatan. 

Manakala, tempoh yang lebih lama dari 6 bulan diperlukan untuk pesakit dengan tulang yang tidak mencukupi.

tanam gigi di klink swasta

Apakah Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Rawatan?

Anda akan diberi ringkasan bertulis tentang perbincangan pelan rawatan dengan menekankan situasi semasa kesihatan pergigian anda dan cadangan alternatif selain implan gigiRingkasan ini juga akan merangkumi penjelasan tentang peringkat awal yang dijangkakan, bilangan implan yang diperlukan dan kos rawatan yang diperlukan.

Berapa lamakah Implan/Tanam Gigi Akan Bertahan?

Sebaik sahaja implan atau tisu lembut disekelilingnya didapati sihat dan gigi baru selesa dan diselaraskan dengan betul , kualiti perhatian peribadi anda terhadap kebersihan mulut dan kesediaan untuk menghadiri temujanji pemeriksaan gigi tahunan mempunyai pengaruh paling besar pada tempoh ketahanan implan tersebut. 

Apabila tidak dijaga dengan baik, satu lapisan keras dan lembut (kalkulus dan plak) akan membentuk sekeliling implan, yang hampir sama dengan yang terdapat pada gigi asli yang diabaikan. Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan gusi, pendarahan, ketidakselesaan dan sakit. 

Implan gigi dapat bertahan sama seperti gigi asli. Implan yang dijaga dengan baik, ditanam ke dalam tulang yang mencukupi dijangka boleh bertahan selama bertahun- tahun dan mungkin juga seumur hidup anda. 

Walau bagaimanapun, seperti sarung gigi, jambatan gigi dan tampalan gigi, gigi yang disokong implan juga dijangka akan memerlukan penyelenggaraan dan pembaikkan dari masa ke semasa.

implan tanam gigi

Tengah Mencari Klinik Gigi Swasta?

Hubungi Klinik Pergigian Sharlindah untuk info lanjut tentang harga tanam gigi palsu.

Scroll to Top