fbpx

4 Dari 5 Orang, Tidak tahu Simptom

by Admin Effa | Jan 11, 2021

Mencegah lebih baik dari merawati.

Ujian saringan kanser mulut ( Oral Cancer Screening ) ini adalah pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor bagi mencari tanda-tanda awal kanser mulut.

Klinik Pergigian Sharlindah (KPS) sekali mengorak langkah , sempena pembukaan tahun 2021 akan memberikan pemeriksaan saringan kanser mulut ini secara percuma sepanjang bulan Januari 2021 ini.

Program community service bertujuan memberi kesedaran awal kepada warga Melaka khususnya mengenai penyakit ini dan cara mencegahnya.

Sebagai contoh antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah jika didapati ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu , ianya perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom awal kanser mulut.

Kanser ini terjadi pada bahagian rongga mulut iaitu di bahagian bibir, lidah, lapisan dalam pipi, lantai mulut (bawah lidah), gusi, lelangit keras, rahang dan bahagian retromolar (belakang gigi geraham).

Tahukah anda kebanyakan pesakit tidak sedar akan simptom ini dan kebiasaannya mereka pergi ke klinik dengan beranggapan keadaan itu disebabkan ulser biasa.

Pesakit disarankan segera berjumpa doktor gigi berbanding pakar perubatan. Ini kerana pakar gigi dan mulut lebih arif mengenai sebarang perubahan dalam rongga berkenaan.

Hubungi kami untuk temujanji saringan kanser mulut percuma anda sekarang
.
Terus call mana-mana klinik KPS berhampiran anda !

MITC : 06-231 0283
Alor Gajah : 06-556 1318
Bukit Baru : 06-286 9177

atau isikan borang temujanji ini
klik ruangan Perundingan
Scroll to Top