fbpx

Bagaimana Anda Harus Bersedia Sebelum Membuat Gigi Palsu

Bagaimana Anda Harus Bersedia Sebelum Membuat Gigi Palsu

Adakah penjagaan selepas pembedahan geraham bongsu perlu? Jawapannya dalah ‘perlu’ sama sekali.

Yang membezakan kadar penjagaan tersebut adalah bergantung pada jenis pembedahan yang dilalukan tanpa mengira dimana anda mendapat rawatan, sama ada di klinik gigi swasta ataupun kerajaan.

Terdapat beberapa jenis pembedahan oral yang dilakukan oleh doktor gigi mengikut kes pesakit antaranya ialah cabutan gigi, pembedahan pembuangan gigi yang terimpak, pembedahan preprostetik dan implan.

Penjagaan pesakit adalah sangat penting bagi mempercepatkan proses kawasan pembedahan sembuh. Jika ia tidak dijaga dengan betul kemungkinan akan berlaku semula pendarahan tanpa diketahui.

Selain mengalami pendarahan sementara, ketidakselesaan, bengkak dan lebam selepas pembedahan, kebanyakan pesakit pulih dengan cepat.

Oleh hal yang demikian,sebarang komplikasi mungkin akan berlaku seperti Dry Socket iaitu ‘Soket Kering’ tetapi, ia boleh dicegah sebelum terjadi dengan mengikut semua tips penjagaan selepas pembedahan seperti di bawah: 

1. Sakit Selepas Cabutan

Semasa proses mencabut gigi pesakit tidak akan merasa sakit kerana doktor gigi telah memberi ubat bius di kawasan yang sepatutnya.

Sepatutnya anda tidak sakit semasa proses tersebut berlaku, tetapi jika terasa sakit segeralah memberitahu kepada doktor gigi hal yang sebenar dan doktor akan bius sekali lagi a tau lakukan pemeriksaan lain jika ada sebarang masalah lain.

Selain itu,ubat bius yang doktor berikan hanya bertahan lebih k urang selama empat jam sahaja.

Selepas empat jam pesakit akan rasa sakit. Apa yang perlu pesakit lakukan adalah makan ubat tahan sakit yang telah disediakan oleh doktor dan disiplin sangat diperlukan dalam situasi begini dengan makan ubat mengikut masa dan kuantiti yang telah ditetapkan oleh doktor.

2. Gigi Ompong/Rongak

Selepas cabut gigi anda perlu bersedia menerima perubahan rupa yang tiada gigi. Keadaan ini akan menimbulkan rasa malu ketika hendak senyum dan berinteraksi dengan orang lain.

Keyakinan diri juga semakin berkurangan kerana tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain dalam keadaan tiada gigi.

Gigi yang dibiarkan ompong dapat mengubah struktur tulang rahang sehingga wajah jadi tidak simetri. Walaubagaimanapun, gigi yang ompong harus segera diganti dengan gigi yang baru.

3. Berpantang Selepas Cabutan

Rutin pembersihan mulut perlu diteruskan walaubagaimanapun. Pembersihan mulut amatlah penting sepanjang proses penyembuhan.

Berhati-hati ketika memberus gigi bagi mengelakkan mengganggu pembekuan darah di bahagian pembedahan selama tiga ke empat hari selepas dibedah.

Mulut yang tidak bersih boleh mengakibatkan jangkitan kuman pada kawasan yang telah dibedah. Ia juga boleh melambatkan proses sembuh.

Selain itu,anda juga boleh menggunakan ubat kumur/cecair kumuran dan floss gigi kerana ia juga adalah alat pembersihan mulut.

4. Pemeriksaan Susulan

Sebelum pasang gigi palsu, pesakit perlu konsultasi dahulu beberapa kali dengan doktor gigi. Datang semula ke klinik gigi yang membuat gigi palsu untuk dapatkan pemeriksaan sama ada keadaan gusi anda telah sembuh daripada cabutan ataupun belum.

Doktor akan memeriksa keadaan gusi dan tulang penyokong gigi untuk menentukan rancangan rawatan yang tepat dan sesuai dengan keadaan gigi anda. Apabila kesuluruhan mulut dan gigi dalam keadaan baik doktor akan terus menjalan proses membuat gigi palsu.

Terdapat pelbagai jenis gigi palsu antaranya ialah:

a. Gigi Palsu Penuh

Makan makanan yang dinasihatkan oleh doktor gigi anda. Selalunya,selepas cabutan atau pembedahan doktor akan sarankan untuk makan makanan yang sejuk dan lembut yang senang untuk di hancurkan tanpa menggunakan pergerakan gigi dengan kerap.

Aiskrim bubur,puding,telur,kentang lenyek dan bijirin adalah makanan yang terbaik. Jika makanan tersebut adalah sihat seperti buah-buahan dan sayur sayuran tetapi cirinya agak keras,boleh sahaja dihancurkan melalui mesen pengisar.

Untuk mengelakkan proses sembuh terganggu,elakkan makan dan minum makanan dan minuman yang manis yang susah dihancurkan kerana boleh termsuk ke dalam soket.

b. Gigi Palsu Sebahagian

Gigi palsu sebahagian adalah gigi tiruan dibuat hanya untuk menggantikan dan mengisi ruang pada satu atau beberapa gigi yang hilang. Jenis gigi palsu sebagian umumnya menggunakan material plastik, nilon, atau pelat logam dengan sejumlah gigi palsu yang tidak boleh ditanggalkan.

Penggunaan gigi palsu sebahagian dapat dipertimbangkan apabila masih terdapat gigi dengan struktur yang kuat.

Pada kasus gigi ompong sebagian, anda juga dapat mempertimbangkan untuk menggunakan jenis gigi palsu kekal, seperti implan gigi atau bridge gigi yang prosedur persiapan dan pemasangannya pun berbeza.

Jenis gigi tiruan ini bersifat kekal sehingga tidak dapat ditanggalkan tetapi masih dipanggil gigi palsu.

c. Gigi Palsu Valplast

Salah satu gigi palsu yang boleh dilentur dan lembut kerana ia menggunakan bahan yang elastik untuk menyiapkan gigi palsu sarung ini atau dipanggil gigi palsu fleksibel.

Harganya lebih tinggi berbanding gigi palsu biasa. Kebaikannya, tidak mudah patah jika terjatuh dan tidak memerlukan cangkuk besi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga gigi palsu fleksibel ini, anda boleh mencari maklumat lanjut dari klinik gigi yang menawarkan rawatan gigi palsu, seperti Klinik Pergigian Sharlindah di Melaka.

Gigi palsu melibatkan banyak proses untuk menyiapkannya. Berikut adalah proses membuat gigi palsu:

  • Langkah pertama setelah pemeriksaan klinikal dan radiograf, adalah pengambilan acuan gigi. Ianya ialah untuk merekodkan bentuk dan struktur dalam mulut yang menjadi kawasan padanan gigi palsu.
  • Bahan yang biasa digunakan `alginat’ akan dimuatkan dalam tray seterusnya  dimasukkan ke dalam mulut pesakit. Bahan ini akan menjadi keras dan apabila dikeluarkan akan menghasilkan impresi mulut pesakit.
  • Impresi bagi rahang atas dan bawah akan dihantar ke makmal untuk proses tuangan plaster.
  • Setelah hubungan rahang sebenar rahang ditentukan, kedudukan kedua-dua blok gigitan perlu ditetapkan dan dilekatkan samaada menggunakan `bite registration pes’.
  • Pemilihan warna dan bentuk gigi palsu dibuat sebelum blok gigitan dihantar ke makmal untuk proses pemasangan pada artikulator.
  • Temujanji seterusnya melibatkan `try in’ atau ‘cubapasang’ gigi palsu dalam bentuk lilin untuk menyemak gigitan, padanan dan estetik.
  • Sekiranya pesakit berpuashati, gigi palsu dalam bentuk lilin tersebut akan dihantar ke makmal untuk diproses menjadi akrilik.
  • Setelah gigi palsu  lilin diproses, pemangkasan dan penggilapan dilakukan. 
  • Pada temujanji berikutnya, pesakit diberi gigi palsu yang telah siap diproses. Sebelum gigi palsu boleh diserahkan kepada pesakit, doktor akan menyemak padanan gigi palsu dan gigitan.
  • Kadangkala sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk memastikan gigi palsu yang dipakai selesa dan berfungsi dengan baik. Sebelum pulang dengan gigi palsu baru, pesakit akan diberitahu tentang cara-cara penyimpanan dan penjagaan harian gigi palsu.

Pemilihan klinik yang membuat gigi palsu amatlah penting bagi mendapatkan gigi palsu yang sesuai dan selesa dengan anda.

Klinik Pergigian Sharlindah di Melaka menawarkan rawatan gigi palsu arkilik dan valplast di setiap cawangan. Segera dapatkan rawatan jika anda sayangi diri anda.

Scroll to Top