Gigi palsu ialah prostetik yang bertujuan menggantikan gigi yang hilang dimana ia disokong tisu-tisu lembut dan keras rongga mulut.
Alat sebegini boleh ditanggalkan, namun terdapat juga reka bentuk yang membolehkan ia melekat pada rongga mulut secara kekal iaitu implant gigi.
Bahan gantian ini dapat membantu pemakai mengunyah makanan, meningkatkan penampilan melalui pemuliharaan bentuk muka dan rahang asal pemakai, membantu dalam penyebutan perkataan sehingga lancar pertuturan, serta meningkatkan keyakinan diri pemakai.
Untuk menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas.
Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua.
Gigi palsu juga boleh membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri.
Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.
Gigi palsu yang menyerupai bahagian atas gigi manusia
Gigi palsu ini dibuat daripada plastik sebagai landas/tapak, dimana gigi gantian diproses kedalam plastik (akrilik) yang berwarna merah jambu seperti warna gusi. Untuk membantu mengetatkan gigi palsu itu, satu atau lebih cangkuk diletakkan pada gigi palsu. Gigi palsu akrilik lebih murah dan mudah dibuat, tetapi ia meliputi lebih tisu lembut, sedikit tebal daripada gigi palsu Kobalt Kromium dan mudah patah.
Rangka gigi palsu ini dibuat daripada logam Kobalt dan Kromium. Ianya lebih nipis, lebih kuat dan lebih ringan daripada gigi palsu akrilik tetapi kos pembuatannya lebih tinggi.
Anda boleh mengunjungi klinik pergigian kerajaan atau swasta untuk membuat gigi palsu.
Proses pembuatan gigi palsu mengambil masa kira-kira 3-6 kali lawatan. Setelah doktor gigi anda menentukan jenis gigi palsu yang terbaik untuk anda, langkah-langkah pembuatan gigi palsu adalah seperti berikut:
1
Pada lawatan pertama, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan gigi dan mengambil acuan pertama. Acuan ini akan digunakan untuk membuat model gigi bagi tujuan merancang dan merekabentuk gigi palsu.
2
Doktor gigi kemudiannya akan membuat persediaan yang perlu pada gigi mengikut reka bentuk gigi palsu, dan mengambil acuan kedua untuk dijadikan model yang lebih tepat untuk pembuatan gigi palsu.
3
Langkah ini adalah untuk merekod gigitan antara rahang atas dan bawah dan mengukur ruang yang ada di antara kedua rahang.
4
Pada peringkat ini, satu set awal gigi palsu yang diperbuat daripada lilin dibuat untuk memberi peluang kepada anda untuk mencuba gigi palsu baru. Anda boleh menilai warna dan padanan gigi sebelum gigi diproses.
5
Gigi palsu yang telah siap diproses dimasukkan ke dalam mulut dan pelarasan akan dibuat sehingga anda berasa selesa memakai gigi palsu baru. Arahan akan diberikan mengenai kepentingan membersihkan gigi sedia ada dalam mulut dan cara penjagaan gigi palsu.
6
Tujuan lawatan ini adalah untuk memastikan bahawa tisu mulut tidak luka akibat pemakaian gigi palsu dan untuk memastikan gigi palsu berfungsi dengan baik.
Model yang dihasilkan dipanggil model kajian. Model ini digunakan oleh Juruteknologi Pergigian sebagai panduan untuk membuat tray khas yang padan rapat dengan rahang pesakit.
Terdapat juga banyak orang yang tertanya-tanya untuk lebih informasi tentang Gigi Palsu di Melaka. Jadi sebagai sebahagian daripada komuniti kesihatan atas talian, kami sentiasa berusaha untuk mencari dan memberikan anda informasi tentang servis Gigi Palsu di klinik gigi di Melaka melalui kajian selidik, ulasan, dan maklum balas pengalaman rawatan oleh para pesakit seperti anda dalam komuniti kami.
Hubungi Kita untuk info lanjut tentang servis buat gigi palsu di Klinik Pergigian Sharlindah.