fbpx

Harga Tampal Gigi Di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan

Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 1

Adakah anda mengalami sakit gigi? Ia boleh menjadi gigi anda yang menyakitkan kerana gigi berlubang. Oleh itu, tampal gigi merupakan salah satu penyelesaian.

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. 

Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

Bila anda wajib tampal gigi ?

Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 2
  • Apabila gigi mula rasa sensitif terutamanya ketika minum air panas atau sejuk atau apabila makan makanan manis atau masam
  • Rasa sakit mencucuk-cucuk atau berdenyut-denyut
  • Sakit gigi ketika menggigit atau mengunyah makanan
  • Dapat merasakan lubang dengan lidah atau melihat permukaan gigi yang berlubang
  • Makanan sentiasa tersangkut dalam lubang atau diantara gigi
  • Apabila tampalan gigi sedia ada mulai retak atau pecah

Kenapa tampal gigi ?

tampalan composit veneer Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 3
  • Dapat mengurangkan sensitif dan sakit gigi
  • Mencegah gigi berlubang dengan lebih besar
  • Membantu menguatkan fungsi gigi
  • Elakkan jangkitan kuman

Senarai harga tampal gigi

proses tampal gigi Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 4

“Tampal gigi di klinik pergigian swasta atau kerajaan ?”

“ Berapa kos tampal gigi?”

Sebenarnya itu merupakan di antara soalan- soalan utama apabila bercakap mengenai rawatan tampal gigi. Tampal gigi kini sudah tidak asing lagi bagi setiap orang.

Antara pertanyaan yang kerap diterima adalah seperti harga tampal gigi di klinik gigi swasta, harga tampal gigi di klinik kerajaan,kos tampal gigi, harga tampal gigi depan dan harga tampal gigi belakang.

Jom semak senarai harga tampal gigi klinik kerajaan dan klinik swasta!

Harga tampal gigi di klinik gigi kerajaan

Jenis Tampalan Kelas 1 Kelas 2 Kelas 3 Pesakit Luar
Tampalan Gigi Kekal RM 50 RM 40 Percuma RM 2
Tampalan Gigi Desidus RM 20 RM 15 Percuma RM 2
Tampal Gigi Sementara RM 20 RM 15 Percuma RM 2

Harga tampal gigi di klinik gigi swasta

Perbezaan harga tampal gigi di klinik swasta mungkin sedikit mahal berbanding klinik pergigian kerajaan.

Klinik Pergigian Sharlindah

Jenis Tampalan Dewasa Kanak - Kanak
Tampalan Amalgam RM 800 - 200 RM 50 - 100
Tampalan Composite Veneer RM 250 - 400 -
Tampal Gigi Sementara RM 50 - 100 RM 30 - 70

Nota: Penyediaan anggaran harga bertujuan untuk memudahkan dan membolehkan pesakit lebih bersedia dari segi kewangan sebelum menjalani prosedur perubatan. Sila ambil perhatian bahawa harga sebenar mungkin berbeza mengikut keadaan perubatan pesakit dan/atau disebabkan oleh komplikasi yang tidak dijangka yang mungkin timbul semasa kemasukan. Sila contact pakar pergigian kami untuk infomasi lebit lanjut

Memang tidak dapat dinafikan, klinik pergigian kerajaan sememangnya menawarkan harga tampal gigi yang jauh lebih murah berbanding klinik pergigian swasta. Di klinik pergigian kerajaan, harganya dalam lingkungan RM 2 sehingga RM 35 sahaja.

Perbezaan harga tampal gigi di klinik gigi swasta mungkin sedikit mahal berbanding klinik pergigian kerajaan. Secara purata, harga di klinik swasta adalah dalam lingkungan RM 70 bagi setiap gigi yang ditampal.

Kelebihan Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta

Akan tetapi, harga yang ditawarkan masih lagi berada dalam lingkungan harga mampu milik dan berpatutan. Pelaburan yang anda buat untuk kesihatan gigi adalah pelaburan yang sangat berbaloi.

Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 5

Antara sebab utama kenapa ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan di klinik pergigian swasta adalah kerana proses temujanji di klinik gigi swasta lebih cepat.

Ini kerana, di klinik kerajaan proses temujanji anda mungkin makan masa berminggu -minggu disebabkan waiting list yang agak panjang.

Sesetengah klinik pergigian swasta telah mengaplikasikan temujanji yang boleh dibuat secara online sahaja. Temujanji ini lebih mesra pelanggan kerana anda boleh memilih tarikh dan masa yang anda mahu, lebih mudah bukan?

Kelebihan yang ada di klinik pergigian swasta ini juga menjadi titik tolak mengapa harga di klinik swasta agak sedikit mahal berbanding harga di klinik kerajaan.

Seperti di Klinik Pergigian Sharlindah iaitu salah satu klinik gigi swasta Melaka, kami turut menawarkan rawatan tampal gigi di klinik pergigian kami.Seperti yang anda tahu klinik Pergigian Sharlindah mempunyai 6 cawangan di Melaka dan telah pun beroperasi lebih 10 tahun.

Kini, anda boleh membuat temujanji rawatan menggunakkan sistem auto reply https://Kps.chatnow.my kami atau secara online di laman web atau boleh hubungi terus klinik pergigian kami.

Banyak respon dan feedback positif yang kami terima dari pesakit kami mengenai rawatan tampal yang kami berikan.

Bagi kami, pelaburan untuk kesihatan ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi dan perlu dilakukan untuk tampak lebih sihat dan yakin.

Harga Tampal Gigi di Klinik Pergigian Swasta vs Kerajaan 6

Tengah Mencari Klinik Pergigian untuk Tampal Gigi?

Jadi, jelaslah apa yang diterangkan seperti tajuk di atas tadi berkenaan perbezaan harga tampal gigi di klinik swasta dan klinik kerajaan. Namun, jika anda memerlukan perkhidmatan klinik gigi palsu murah, jangan ragu untuk menghubungi kami di Klinik Pergigian Sharlindah. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pembuatan gigi palsu segera yang murah dan berkualiti.

Kami beroperasi di beberapa cawangan di Melaka termasuk di Telok Mas. Dengan harga gigi palsu fleksibel berpatutan, kami memastikan anda mendapat yang selesa dan terlihat semulajadi. Kami juga menyediakan perkhidmatan buat gigi palsu murah dan cepat.

Apa-apa pun anda perlu membuat Check Up terlebih dahulu supaya doktor tahu keadaan gigi sebenar anda.

Hubungi Kita untuk info lanjut tentang rawatan tampal gigi di Klinik Pergigian Sharlindah.

Scroll to Top