Cabut Atau Tampal Jika Sakit Gigi?
Kebanyakkan orang datang berjumpa doktor gigi kerana masalah sakit gigi. Ramai yang beranggapan, jika gigi itu sudah rosak teruk dan sakit maka perlulah dicabut segera tetapi jika gigi yang rosak tetapi tidak sakit, dibiarkan sahaja.
Biasanya sakit gigi berlaku kerana terdapat bahagian gigi yang terdedah kepada udara, makanan, minuman dan juga bakteria.
Ini termasuk lubang pada gigi yang disebabkan oleh karies, tampalan atau gigi yang retak, tampalan atau gigi yang pecah, bahagian leher gigi yang terdedah kerana gusi yang telah menurun maka, bahagian leher gigi yang terhakis akibat berusan gigi yang terlalu kuat dengan menggunakan berus keras dan juga bahagian akar gigi yang tidak dilitupi tulang akibat penyakit tulang dan gusi.
Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya perlu dicabut. Kadang kala sakit gigi akan hilang jika bahagian yang terdedah itu ditampal. Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu masih boleh lagi diselamatkan.
Biasanya sejenis ubat akan diletakkan kebahagian yang berdekatan dengan saraf dan gigi ditampal dengan tampalan sementara. Biasanya setelah seminggu, dan tiada lagi sakit pada gigi tersebut maka gigi itu boleh ditampal seperti biasa.
Jika saraf telah terdedah sedikit, maka cara yang sama boleh digunakan tetapi jika saraf yang terdedah agak besar ataupun saraf yang telah dijangkiti kuman, maka gigi itu perlulah dibuat rawatan saraf (RCT). Jika anda tidak mahu membuat rawatan saraf, barulah gigi anda perlulah dicabut.
Jika gigi yang sakit mempunyai lubang yang sangat teruk, dalam dan bergoyang maka eloklah dicabut. Gigi yang bergoyang teruk amat susah untuk diselamatkan walaupun gigi itu tidak sakit.
Rawatan RCT (Root canal treatment)
Tambahan pula, Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu. Adakah dengan memakai gigi palsu ini anda akan bebas daripada sebarang masalah? Sudah tentu tidak.
Anda tidak boleh menggunakan gigi palsu seperti gigi asli, kerana ianya tidak sekuat gigi asli. Ia juga boleh patah jika terjatuh atau tergigit benda-benda yang keras. Jika anda sentiasa memakai gigi palsu tanpa membukanya, maka gigi-gigi anda yang lain boleh rosak dan juga gusi anda akan menjadi tidak sihat.
Ada juga orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti. Untuk gigi atas, biasanya kurang bermasalah tetapi banyak masalah yang timbul jika kesemua gigi bawah dicabut.
Kebanyakkan gigi palsu penuh untuk gigi bawah akan bergoyang dan susah untuk melekat kerana lidah akan sentiasa menolak gigi palsu itu dan tulang yang semakin menurun akan menyebabkan gigi palsu anda tidak mahu melekat. Anda tidak akan boleh menikmati semua makanan kerana gigi palsu tidak seperti gigi asli, makanan yang keras dan liat juga susah untuk hancur.
Gigi manusia memanglah kuat dan tahan lama. Anda hanya perlu menjaganya sahaja. Sangkaan orang yang gigi akan rosak semasa mengandung dan gigi semakin bergoyang kerana usia adalah salah. Yang penting ialah penjagaan dan pemakanan.
Ada orang yang umurnya telah lanjut tetapi giginya masih elok lagi. Ada orang yang umurnya masih muda tetapi banyak giginya telah tiada. Semua ini bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan apakah nasib gigi anda di masa depan. Janganlah mengambil jalan mudah untuk menghilangkan sakit gigi dengan mencabut gigi.
Ada banyak lagi cara lain yang boleh dibuat untuk menyelamatkan gigi anda.
Cabutan gigi merujuk kepada exodontia, suatu prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang patologi atau penyakit.
Prosedur cabutan gigi
Apabila doktor gigi anda ingin membuat cabutan, anda akan diberi suntikan bius setempat di kawasan tisu mulut berhampiran gigi tersebut.
Setelah anda berasa kebas pada gigi yang akan dicabut dan kawasan tisu di sekelilingnya, peralatan khas (elevator, forsep) akan digunakan untuk memudahkan proses cabutan gigi.
Anda tidak sepatutnya merasakan kesakitan semasa gigi sedang dicabut, cuma sensasi ‘tekanan’ dan ‘peregangan’ akan dirasai.
Kebiasaannya bekas cabutan gigi akan sembuh dalam tempoh 3 hingga 7 hari, walau bagaimanapun komplikasi boleh terjadi seperti:
- Kesakitan yang berpanjangan
- Bekas cabutan bengkak
- Kebas yang berpanjangan
- Pendarahan berlanjutan (tidak berhenti)
- Bekas cabutan tidak sembuh
- Jangkitan
- Pembukaan mulut yang terhad
Apa itu tampalan gigi?
Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.
Kenapa rawatan tampalan gigi itu penting?
- Mengurangkan sensitif dan sakit gigi
- Mencegah gigi berlubang dengan lebih besar
- Membantu menguatkan fungsi gigi
- Elakkan jangkitan kuman
Jenis Tampalan Gigi
1. Amalgam
- Tahan lama sekurang-kurangnya 10 ke 15 tahun, kuat dan boleh tahan tekanan semasa menguyah makanan.
- Tidak sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya yang lebih gelap.
- Berdasarkan Food and Drug Administration (FDA) bahawa tahap merkuri dalam bahan tampalan amalgam adalah selamat untuk pesakit berumur lebih dari enam tahun.
2. Composite Resin
- Sangat sesuai digunakan pada gigi depan kerana warnanya hampir sama dengan gigi.
- Tidak tahan lama anggaran 3 sehingga 10 tahun sahaja dan mudah bertukar warna akibat dari gaya hidup seperti minum kopi dan teh.
Harga Tampal dan Cabutan Gigi
Memang tidak dapat dinafikan, klinik pergigian kerajaan menawarkan harga tampal dan cabutan jauh lebih murah berbanding klinik pergigian swasta. Perbezaan harga di klinik pergigian swasta mungkin sedikit mahal berbanding klinik pergigian kerajaan. Secara purata, harga di klinik gigi swasta adalah dalam lingkungan RM100 bagi setiap gigi yang ditampal.
Tetapi harga yang ditawarkan tersebut masih lagi berada dalam lingkungan harga mampu milik dan berpatutan. Pelaburan yang anda buat untuk kesihatan gigi adalah pelaburan yang sangat bagus dan berbaloi.
Seperti klinik pergigian Melaka yang lain, Klinik pergigian Sharlindah turut menawarkan rawatan tampal dan cabutan di Klinik pergigian kami. Anda boleh membuat temujanji rawatan tampalan atau cabutan gigi anda secara online di laman web kami atau anda boleh menghubungi terus klinik pegigian kami.
Banyak respon positif yang kami terima dari pesakit kami mengenai rawatan tampal dan cabutan gigi yang kami berikan.
Kami rasa sudah cukup jelas apa yang diterangkan kepada anda mengenai harga tampal dan cabut gigi. Bagi kami pelaburan untuk kesihatan ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi dan perlu dilakuan untuk anda tampak lebih sihat dan yakin.
Tengah Mencari Servis Tampal Gigi di Klinik Swasta?
Hubungi Kita untuk info lanjut tentang servid tampal gigi di Klinik Pergigian Sharlindah.