fbpx

Punca Sakit Lepas Tampal Gigi dan Tips Penjagaan Yang Wajib Anda Tahu

Tampal gigi

Rawatan tampalan gigi adalah rawatan bagi mereka yang mengalami masalah gigi berlubang.

Bagaimana gigi boleh berlubang?

Selepas makan terdapat plak yang akan melekat pada gigi dan celah-celah gigi antara gusi. Anda perlu tahu bahawa di dalam plak terdapat bakteria dan gula yang boleh menyebabkan gigi berlubang jika tidak dibersihkan dalam masa 24 jam.

Masalah ini perlu segera dirawat dengan rawatan tampalan di mana-mana klinik gigi swasta yang berdekatan dengan anda agar tidak menjadi lebih kritikal.

Selepas gigi anda ditampal, anda mungkin merasa sensitif dan sakit selama beberapa hari yang boleh mengganggu tabiat makan. Mesti anda akan rasa tidak puas hati dengan doktor sebab hal ini.

Berikut adalah punca mengapa anda sakit selepas rawatan tampalan gigi dan tips penjagaan yang anda perlu tahu:

1. Mencuci Luka Sebelum Tampalan

Sebelum menutup lubang gigi doktor akan bersihkan kawasan yang berlubang dengan alatan yang sepatutnya pada tempat yang sakit itu. Jika sudah bersihkan barulah doktor akan mulakan proses tampalan pada lubang tersebut. Sebab itu la pesakit akan rasa sakit seperti sedang mencuci luka di jari.

Tips: 

Pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit jika terlalu sakit dengan kelulusan daripada doktor. Jika sakit yang melampau mungkin ada faktor lain dan seeloknya berjumpa semula dengan doktor untuk pamantauan atau pun berehat daripada melakukan kerja-kerja berat.

2. Lubang yang Sangat Besar/Dalam

Jika luka terlalu dalam ataupun besar hingga menyebabkan jangkitan kuman di akar, doktor perlu membuat rawatan saraf. Semakin dalam rawatan yang dilakukan oleh doktor ke dalam gigi semakin sakit yang dirasakan oleh pesakit.

Tips: 

Biasanya rasa ini akan mula menghilang secara perlahan-lahan dalam masa beberapa hari. Walaubagaimanapun, jika ianya tidak hilang selepas seminggu, mungkin ada yang tidak kena dengan gigi anda. Besar kemungkinan terdapat jangkitan kuman di dalam saraf gigi anda.

Jika perkara ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, gusi boleh membengkak dan mengeluarkan nanah.Jadi dinasihatkan anda segera ke klinik gigi untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari doktor gigi anda. 

Kebiasannya dua pilihan akan diberikan; samada membuat rawatan akar atau mencabut terus gigi tersebut.

3. Jenis Bahan Tampalan yang Berbeza

Dalam industri pergigian ada pelbagai jenis bahan dan alatan. Bahan yang digunakan untuk tampalan juga ada beberapa jenis. Jenis bahan tampalan berbeza mengikut gigi dan kegunaanya. 

Jika bahan tampalan khas untuk sesuatu gigi digunakan pada struktur gigi yang tidak tepat akan menyebabkan bahan tampalan tercabut dan pesakit akan rasa sakit semula.

Tips:

Pemilihan servis tampal gigi klinik swasta mengikut keselesaan dan kepercayaan pesakit. Pesakit berhak memilih klinik gigi dan doktor untuk dapatkan perkhidmatan gigi yang terbaik. Berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih kerana jika tersilap pilih ia akan membuatkan seseorang itu trauma sebab dapat pengalaman perkhidmatan gigi yang tidak baik.

4. Tidak Mengikut Nasihat Doktor

Selepas tampalan doktor akan menasihatkan pesakit agar tidak gigit yang keras-keras pada kawasan tampalan dan ambil makanan dan minuman yang panas dan sejuk buat pada masa tertentu. Pesakit akan merasa sensitif atau tampalan mungkin akan tercabut jika tidak ikut.

Tips:

Nasihat doktor perlu dipatuhi dan jangan sesekali ambil remeh. Penjagaan tabiat makan amat penting selepas rawatan tampalan. Selepas prosedur menampal gigi selesai, kebiasaannya mulut anda akan berasa kebas selama beberapa jam. Ini disebabkan penggunaan bius ketika proses penampalan tersebut.

Jadi seeloknya, berpuasalah sekejap sehingga rasa kebas itu hilang. Ini penting untuk mengelakkan anda tergigit bahagian dalam pipi atau lidah jika makan atau minum ketika masih dalam bius. 

Jika anda terasa sangat lapar, disarankan untuk makan makanan yang ringan dan lembut seperti yogurt. Selepas rasa kebas hilang, anda bolehlah makan dengan berhati-hati.

5. Tampalan Terlalu Tinggi

Di kawasan tampalan akan rasa sakit untuk mengunyah makanan jika tampalan terlalu tinggi. Kemahiran doktor memain peranan penting dalam hal ini. Ia tidak menjadi masalah yang besar kerana setiap doktor ada cara yang berbeza.

Tips: 

Jangan cemas,ini adalah perkara biasa. Selepas seminggu, jika gigi anda masih berasa sensitif, cuba periksa kembali tampalan gigi anda. Kadangkala doktor mungkin meletakkan terlalu banyak pengisian tampalan dan boleh menyebabkan gigi anda terlebih sensitif. 

Hubungi klinik gigi swasta yang anda hadiri sebelum ini sekiranya anda merasakan tampalan itu tidak sesuai dengan anda. Klinik gigi swasta Melaka mempunyai lebih seorang doktor pakar dalam rawatan am (General Dental Practitioner)

6. Tampalan Pecah

Gigi terlalu sakit hingga tidak boleh lena pada malam hari. Agak-agak kenapa la kan? Selepas tampalan anda tidak boleh gigit makanan yang keras-keras pada kwasan yang baru sahaja ditampal.

Tips:

Pesakit digalakkan makan makanan yang lembut-lembut sahaja selepas membuat rawatan tampalan bagi mengelakkan tergigit makanan yang keras pada kawasan tampalan.

 

Adakah anda sedang menghadapi gejala-gejala tersebut?

Klinik Pergigian Sharlindah adalah klinik gigi swasta Melaka yang menyediakan servis tampal gigi kilnik swasta. Hubungi kami untuk membuat temujanji untuk rawatan gigi sekarang!

Scroll to Top