fbpx

Cara-Cara Menjaga Gigi Palsu

Gigi Palsu Akrilik

Keperluan menjaga kebersihan gigi supaya kekal sihat dan dapat bertahan lama, penting dalam kehidupan kerana gigi diperlukan untuk mengunyah makanan, bercakap dan senyum begitu juga gigi palsu.

Walaupun ianya hanya gigi palsu sarung, penjagaannya masih diperlukan seperti gigi yang asli bagi memastikan gigi palsu itu dalam keadaan baik jangka masa yang panjang dan mengelakkan daripada sebarang bakteria melekat pada gigi palsu.

 

Keperluan menjaga kebersihan gigi supaya kekal sihat dan dapat bertahan lama, penting dalam kehidupan kerana gigi diperlukan untuk mengunyah makanan, bercakap dan senyum begitu juga gigi palsu.

Walaupun ianya hanya gigi palsu,penjagaannya masih diperlukan seperti gigi yang asli bagi memastikan gigi palsu itu dalam keadaan baik jangka masa yang panjang dan mengelakkan daripada sebarang bakteria melekat pada gigi palsu.

Ini lebih penting lagi bagi mereka yang terpaksa buat gigi palsu segera, kerana penyelenggaraan yang teliti dapat memastikan kebolehgunaan dan keselesaan gigi palsu untuk tempoh yang lebih lama. Oleh itu, amalan kebersihan mulut yang teratur termasuk menggosok gigi, menggunakan benang gigi, dan menggunakan pencuci mulut adalah penting bagi menjaga kesihatan gigi dan gigi palsu secara menyeluruh.

1. Makan Perlahan and Pilih Makanan Lembut

Pemakai gigi palsu dinasihatkan untuk makan makanan yang lembut secara perlahan-lahan dengan suapan yang kecil.

Makanan perlu dikunyah dengan menggunakan kedua-dua bahagian gigi palsu (kiri dan kanan) jika boleh supaya keadaan gigi palsu sama rata dan tidak haus pada satu bahagian sahaja.

2. Bersih Gigi Palsu Setiap Hari

Tanggalkan gigi palsu dan bersihkan pada setiap hari selepas makan atau sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut dan ubat gigi.


3. Tanggal Sebelum Tidur

Sebelum tidur anda hendaklah menanggalkan gigi palsu kemudian rendam ke dalam bekas yang berisi air. Jangan sesekali pakai gigi palsu semasa tidur.

Tujuannya adalah untuk memberi masa kepada tisu mulut anda berehat. Elakkan rendam menggunakan air panas bagi mengelakkan perubahan bentuk asal gigi palsu.

4. Pilih Pembersih yang Betul

Sekiranya anda menggunakan produk untuk membersihkan/merendam gigi palsu (tablet), sila ikut arahan pengilang ketika menggunakan produk tersebut.

Rujuk label produk yang dinyatakan untuk menghapuskan bakteria yang melekat pada gigi palsu. Setelah selesai, bilas dengan air bersih dengan banyak untuk membuang sisa-sisa produk pembersih tersebut.

Jangan sesekali guna produk pembersih untuk mencuci gigi palsu di dalam mulut anda! Jangan rendam gigi palsu yang ke dalam peluntur yang mempunyai sodium hypochlorite (contohnya clorox) lebih daripada 10 minit.

Rendaman lebih daripada 10 minit merosakkan gigi palsu anda.

5. Bersihkan Peleat Gigi Palsu

Jika menggunakan produk pelekat ke atas gigi palsu hendaklah digunakan dengan kuantiti yang sederhana dan tidak terlalu banyak cukup sekadar dapat melekat pada kedudukannya dengan selesa.

Produk pelekat gigi palsu perlu dibersihkan daripada gigi palsu setiap hari. Walaupun anda memakai pelekat gigi palsu, jika gigi palsu anda longgar/tidak stabil digalakkan untuk berjumpa doktor gigi untuk meningkatkan kualiti gigi palsu anda.

6. Pemeriksaan Dengan Doktor Gigi

Dapatkan pemeriksaan dengan doktor gigi setiap enam bulan untuk memastikan keadaan gusi dan gigi palsu anda dalam keadan yang baik dan sihat.

Penjagaan dan kebersihan gigi palsu yang baik dapat mengekalkan kesihatan mulut anda.

7. Servis Scalling

Gigi palsu permanen juga perlu dijaga dan dibersihkan seperti gigi asli dan dapatkan khidmat Scaling setiap enam bulan di klinik yang buat gigi palsu anda.

Gigi palsu yang tidak dijaga boleh berubah warna dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan sekiranya dibiarkan berpanjangan.

Adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor gigi anda setiap tahun untuk pemeriksaan walaupun anda sudah tiada gigi asli.

Doktor gigi bukanlah hanya memeriksa gigi tetapi juga bahagian mulut yang lain seperti pipi, gusi dan lidah untuk mengesan penyakit berkaitan dengan pemakaian gigi palsu.

Scroll to Top