by Mr.Purple | Apr 30, 2021
1 Permulaan Baru
Dr. Sharlindah merupakan imej kepada Klinik Pergigian Sharlindah, yang dimana langkah pertama pembinaan legasi tersebut bermula di Bukit Baru, Melaka. Menetap dan membesar di Bandar Bersejarah, dimana lagi tempat yang beliau selesa beroperasi jika bukan di sini?
Pendidikan awalnya bermula di SK Batu Berendam, kemudian naik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah yang terletak di Batu Berendam. Semangat beliau menampakkan dirinya pada awal usia, kerana apabila beliau habis zaman persekolahan beliau menyambung pelajarannya ke Universiti Malaysia dan beliau mengambil bidang Sarjana Muda Pergigian dan Pembedahan 1997-2002.
Apabila beliau menghabiskan pelajarannya di Fakulti Pergigian Universiti Malaya – beliau membanting tulang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia selama 10 tahun! Jelas sekali beliau bukanlah seseorang yang lemah semangat atau rendah pendirian – kerana selepas habis berkhidmat 10 tahun berkhidmat, beliau tunaikan hasrat dirinya dengan membina empayar pergigian dengan niat untuk menjadi player yang terbaik dalam industri.
Mungkin ramai yang tidak tahu, selama beliau berkhidmat di sektor kerajaan, beliau telah menimba pengalaman pergigian & asas pengurusan klinik swasta dengan berkhidmat secara “lokum” di beberapa klinik swasta sekitar Melaka.
Setelah itu, maka bermula langkah pertamanya dalam industri ini dengan pembukaan klinik pergigiannya sendiri mengambil sempena nama beliau sendiri, Sharlindah di Bukit Baru pada tahun 2012.
Sebagai sebuah klinik pergigian Bumiputera, klinik ini tidak mengabaikan tanggungjawab khidmat masyarakat yang dipikul dengan mendidik semua lapisan masyarakat agar celik terhadap pengetahuan penjagaan gigi yang ideal.
Untuk mencapai hasrat murni ini, klinik ini telah mengadakan pemeriksaan gigi secara percuma bukan sahaja untuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu mengandung, malahan kanak-kanak di tadika terpilih di sekitar Melaka juga mendapat manfaat dari perkhidmatan ini.
Klinik ini juga menjadi tempat lawatan daripada para pelajar universiti tempatan, dan setelah beberapa lama habis kapak berganti beliuang, Klinik Pergigian Sharlindah diiktiraf Model of Good Private Practise.
Dr. Shalindah kini meluaskan empayar perniagaan dengan sistem rangkaian cawangan, yang dimana terbinanya beberapa lagi cawangan Klinik Pergigian Sharlindah di beberapa lokasi yang terletak di Melakah tengah, di Melaka Tengah iaitu Bukit Beruang dan Mitc. dan satu cawangan terletak di Alor Gajah.
Bukan itu sahaja, malah beliau mengembangkan lagi kepelbagaian perkhidmatan perniagaannya dengan membuka syarikat pembekal peralatan dan bahan pergigian.
Untuk berlaku jujur kepada pembaca diluar sana, tiada apa yang boleh diungkapkan dalam penulisan yang boleh menggambarkan ketelusan beliau dalam tawarannya, kepastian yang anda mahukan hanya boleh didapatkan dengan berjumpa dengan beliau dan rasa sendiri.